twitter
    Blog-blog Politik Pro Barisan Nasional

Nuffnang

Pengikut

PEJUANG BANGSA

sumber :-

PEJUANG BANGSA

Hot ! Serina tak mengaku sebar gambar testimoni palsu

Posted: 31 Dec 2012 09:28 AM PST

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Serina Redzuwan menafikan tuduhan kononnya dia menggunakan gambar testimoni palsu bagi melariskan produk kesihatan yang dijualnya.

Serina, 30, yang kini berada di London memberitahu gambar yang dimaksudkan telah dimuat naik oleh ahli lain yang mewakili produk itu di laman Facebook miliknya dan dia hanya berkongsi kejayaan individu tersebut dengan para peminat.

"Saya tidak tahu menahu mengenai perkara ini kerana berada di London dan gambar yang dimaksudkan hanya di ambil menerusi Internet selepas ia dikongsi oleh ahli lain di laman Facebook saya.

"Malah gambar itu bukan saya sahaja yang kongsi di Facebook tetapi ahli-ahli lain juga," jelasnya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada mStar Online ketika dihubungi pada petang Isnin.

Tambah Serina, dia tidak pernah menokok tambah maklumat tentang gambar testimoni tersebut hanya untuk menarik pelanggan.

Menurut laporan tersebut Serina ada mengirimkan sekeping gambar melalui Facebook dan Twitter miliknya tentang seorang lelaki yang berjaya menguruskan badan selepas menggunakan produk makanan tambahan yang dijualnya.

Bagaimanapun individu tersebut telah menafikan mengambil sebarang produk menguruskan badan apatah lagi produk jualan Serina.

Dalam pada itu, Serina memberitahu dia terkilan apabila ada pihak cuba menjatuhkan reputasinya dengan memburukkan namanya.

Jelas Serina dia tidak pernah berniat untuk menipu sesiapa sebaliknya hanya ingin membantu mereka yang mempunyai masalah berat badan.

"Saya tidak pernah kacau hidup sesiapa dan biarlah saya cari rezeki dengan cara yang halal. Walaupun saya ni seorang artis tetapi perniagaan adalah satu bidang yang saya suka.

"Saya tidak faham mengapa ada orang yang suka memburuk-burukkan hidup orang lain," jelasnya.

Sementara itu, Serina berkata, atas dasar minat itu juga dia bakal melancarkan produknya sendiri pada pertengahan Januari ini sebagai satu bukti kesungguhannya dalam bidang perniagaan.

Syarat yang pasti buat Hadi bengang untuk masuk TV !!

Posted: 31 Dec 2012 04:53 AM PST

 Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tokoh agama dan mufti negeri-negeri akan dijemput untuk bersama dalam forum yang akan memberi peluang buat julung kalinya kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperjelas amanatnya yang telah memecah-belahkan umat Islam di Malaysia.
Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat keputusan bersendirian dan terlalu yakin dengan kebolehan dirinya yang berlatar belakangkan pendidikan agama "kerana sentiasa ada orang yang lebih bijak daripada kita".
"RTM adalah hak rakyat dan ia boleh diguna untuk menjelaskan sesuatu perkara, tapi bukan satu saluran sahaja (Hadi seorang), ia mesti disertai oleh pihak-pihak yang juga ada ilmu, nas dan pengalaman," katanya kepada pemberita selepas Program Larian Tahun Baru 1Malaysia di Dataran Merdeka di sini.

Presiden PAS itu, katanya harus bersedia untuk menerima pendapat orang lain dan forum tersebut akan dibuat dalam suasana yang sesuai.
Rais berkata Hadi tidak boleh membuat tanggapan bahawa keputusan (Amanat Hadi Awang) yang beliau buat pada 1981, itu adalah muktamad.
Menurut Rais Hadi bukan ahli jawatankuasa fatwa atau majlis agama Islam negeri, sebaliknya beliau hanyalah seorang ahli politik yang mengeluarkan pandangan sendiri dan pandangan itu pula berasaskan sentimen yang diselubungi oleh politik.
Rais juga berharap Hadi akan menarik balik tuduhan kafirnya ke atas pengikut Umno semasa berlangsungnya program itu dan jika beliau mahu meneruskan amanatnya, Hadi harus mendengar pandangan daripada tokoh-tokoh agama lain yang akan turut serta.
"Sehingga kini, belum ada lagi permohonan rasmi dari Hadi tetapi segala perancangan untuk menyediakan rancangan berbentuk forum tanpa kehadiran penonton studio itu sedang berjalan," katanya.
Rais menjelaskan demikian ketika mengulas mengenai hasrat Hadi yang mahu muncul dalam kaca televisyen secara langsung selama sejam untuk menerangkan keadaan sebenar berhubung isu pepecahan umat Islam selepas mengeluarkan amanatnya yang mengkafirkan Umno pada 1981, di Kuala Terengganu.Dalam pada itu, Rais meminta parti-parti politik dalam negara ini supaya bersatu dalam konteks kemasyarakatan Malaysia.
Malaysia harus dibantu tanpa mengira latar belakang politik, agama dan budaya supaya negara ini terus mendapat tempat tertinggi dalam aturan keduniaan dan antarabangsa, katanya.
"Kita perlu bersatu dalam konteks di luar politik dan bukan hanya politik sahaja yang boleh satukan kita, tetapi perasaan kekitaan sebagai rakyat Malaysia," katanya.
"Orang PKR (Parti Keadilan Rakyat) perlu jayakan anak mereka, orang Umno pun sama, kita tidak boleh terlalu banyak berlopak dalam politik sampai kita lupakan negara dan kewarganegaraan kita," katanya.
Di PUTRAJAYA, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan pula mengesyorkan supaya Hadi mengadakan sidang akhbar terbuka atau melalui web TV mengenai amanatnya tanpa perlu memberi penjelasan secara langsung di stesen televisyen tempatan.
Menurut Ahmad tindakan Presiden PAS itu yang hanya mahu tampil di stesen televisyen tertentu seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3, seolah-olah mempunyai agenda tersendiri.
"Mungkin ada tujuan-tujuan tertentu. Tapi pada saya panggil sidang akhbar lagi ramai boleh datang. Ia boleh disiar secara langsung oleh segala web TV. Nak panggil stesen TV luar negara pun boleh," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kopitiam Killiney Putrajaya di sini, Isnin.
Ahmad berkata pada sidang akhbar Sabtu lepas selepas sekian lama berdiam diri daripada menjawab isu berkenaan, Hadi tidak memaklumkan untuk menarik semula amanat itu, tetapi hanya ingin memberi penjelasan.
"Mudah-mudahan dia akan tarik amanat itu. Tapi kelihatannya sukar. Saya kira kalau dia menarik balik amanat itu dan memohon maaf, dia berjiwa besar seperti Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Walaupun tak nampak apa salah perdana menteri, tapi (memohon maaf) bagi pihak pemimpin yang tidak turun padang, yang tidak melaksanakan tugas dengan baik yang menyebabkan kekalahan pada pilihan raya umum 2008," kata Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. - BERNAMA

Giliran Ngeh hina umat Islam tentang kalimah Allah !!

Posted: 30 Dec 2012 10:16 PM PST

Selepas Guan Eng , kini giliran paderi Ngeh pulak menghina umat Islam berhubung isu penggunaaan Kalimah Allah oleh Kristian .

Memang benarlah kata seorang pemimpin Perkasa, desakan kuat oleh berhubungan penggunaan kalimah Allah adalah seperti AMANAT DAP . Mereka  sudah tak hirau lagi kemarahan umat Islam tetapi sebaliknya semakin melampau dengan  menyamakan Bible dengan Al Quran .

PAS pulak akan bersikap  syaitan bisu kerana jika mereka tibai  Ngeh bermakna akan mengugat perpaduan dalam Pakatan Rakyat. Ia telah terjadi di P.Pinang di mana PAS negeri telah melabelkan ahli yang bantah Guan Eng berhubung kalimah Allah adalah musuh parti .KLIK DI SINI

Apakah akan terjadi jika negara ini diperintah Pakatan ?? Tak mustahil kalimah Allah akan dibenarkan Pakatan digunakan oleh agama Kristian .

 Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham disifatkan semakin melampau dan langsung tidak menghormati sensitiviti umat Islam berikutan tindakannya menyamakan al-Quran dengan Bible berhubung penggunaan kalimah Allah. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya berkata, tindakan Koo Ham itu juga sengaja mahu mencabar maruah dan kesabaran umat Islam di negara ini di samping menyokong prinsip pluralisme.

Apa yang dia (Koo Ham) faham tentang Islam dan al-Quran? Bagaimana dia boleh menyamakan al-Quran dengan Bible sedangkan dia sendiri tidak mendalami mahupun mengamalkan bacaan al-Quran dalam kehidupan sehariannya," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Dalam laman sosial Twitter kelmarin, Koo Ham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan mengeluarkan kenyataan berbunyi:

"Just like the Quran, the Bible also use many names to describe God into different circumstances to describe the attributes of God (Seperti al-Quran, Bible juga menggunakan banyak nama untuk menjelaskan tuhan dalam keadaan yang berbeza untuk menggambarkan sifat-sifat tuhan)

Fadli cabar Razali buktikan FAM boleh tingkat bola sepak negara !!

Posted: 30 Dec 2012 08:02 PM PST

Sila buktikan kami salah! Itu cabaran kumpulan penyokong Harimau Malaya kepada Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim yang mendakwa tindakan mendesak Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meletak jawatan bukan jalan penyelesaian terbaik mengangkat martabat bola sepak negara.

 Tidak mahu disalah anggap mencari kesilapan orang lain, jurucakapnya, Al Fadli Awaludin, berkata tujuan mereka menggesa pengurusan tertinggi FAM dirombak dan presiden meletak jawatan kerana mahu melihat bola sepak Malaysia maju dan berdaya saing seperti Jepun dan Korea Selatan.

 Objektif kami hanya untuk melihat prestasi skuad kebangsaan meningkat dan bukan mahu menuding jari atau memburukkan mana-mana individu. Kami tidak ada kepentingan malah bukan mahu menentukan siapa yang bakal menjawat jawatan presiden.

 Anggap apa yang kami buat ini adalah satu cabaran buat FAM. Kalau orang FAM sekarang mahu terus kekal, sila buat sesuatu dan buktikan yang kami salah. Kami tidak dapat apa-apa cuma mahu tengok peningkatan pasukan bola Malaysia.

Kami tidak malu jika apa yang kami buat ini salah kalau bola sepak tempatan kita maju, katanya semalam.

 Beliau mengulas laporan BH Sukan semalam mengenai tindakan mendesak Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah meletak jawatan dan merombak pengurusan tertinggi badan induk bola sepak negara itu bukan penyelesaian terbaik.

 Razali beranggapan bola sepak adalah antara sukan paling sukar diuruskan kerana ia membabitkan pelbagai aspek termasuk memerlukan dana yang banyak. Jatuh bangun prestasi pasukan bola sepak negara juga katanya terletak kepada sejauh mana usaha pembangunan yang dijalankan.

 Al Fadli berkata, sesebuah persatuan tidak boleh terlalu bergantung kepada seseorang individu untuk mendapatkan tajaan atau dana sebaliknya perlu melihat kepada industri sukan itu sendiri.

 Kita lihat England sekali pun, negara itu tidak bergantung kepada Ratu Elizabert tetapi mendapatkan dana melalui tajaan dan keuntungan daripada industri bola sepak itu sendiri, katanya.

 Beliau berkata, kalau seseorang lihat sesuatu benda itu susah, sudah semestinya ia akan menjadi susah kerana semua itu bergantung kepada diri sendiri. Contoh, kalau kita lihat pembinaan KLCC (Kuala Lumpur City Center) itu susah, maka saya rasa sampai sekarang pun KLCC tidak akan wujud di Malaysia.

 "Kalau kita sudah tahu Korea Selatan memiliki lebih 500 pasukan pelapis, saya rasa tidak salah jika kita tiru sistem yang mereka guna pakai," katanya ketika mengulas mengenai kebergantungan skuad kebangsaan terhadap Harimau Muda A dan B.

** Razali kalau nak defend FAM pun ..jangan bagi jawapan yang buat orang ketawa.  Sukan bola sepak boleh diuruskan dengan baik jika pengurusan /kepimpinan FAM itu betul-betul komited mahu angkat martabatkan bola sepak negara .  Hendak seribu daya tak nak seribu dalih ......

Ahli sertai demo kalimah Allah adalah musuh utama PAS !!

Posted: 30 Dec 2012 06:25 PM PST

PAS  kini lebih sayangkan Lim Guan Eng & hubungan dalam Pakatan  daripada pertahankan kalimah Allah .

Itu lah maksud  yang hendak disampaikan  PAS P.Pinang yang mana  mengingatkan   mana-mana ahli PAS yang   melakukan demontrasi bantah desakan Guan Eng tentang kalimah Allah adalah musuh utama parti .

Hari ini  mereka melabel sebagai musuh , mungkin selepas  ini akan difatwakan berdosa pulak jika ada ahli parti  sertai demontrasi pertahankan kalimah Allah ini .

Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang, Bukhori Ghazali mengingatkan ahli PAS negeri ini lebih berhati- hati dengan strateji musuh yang sengaja mencari jalan memecahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat untuk memenangkan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Musuh sekarang tambahnya, tidak lagi berhadapan dengan PAS tetapi mempergunakan bekas kepimpinan PAS untuk mengucar kacirkan istiqamah perjuangan yang telah terpahat lama dalam diri ahli.

Penggunaan nama Allah ujarnya, telah pun diputuskan oleh kepimpinan PAS dan tidak timbul percanggahan sehingga perlu melakukan demontrasi di Masjid Simpang Enam selepas solat Jumaat semalam.
"Berhati-hatilah dengan taktik musuh yang telah menyelinap masuk menerusi bekas kepimpinan PAS yang telah menjauhkan diri dari perjuangan.  Mereka sedang berusaha memecah belahkan perpaduan yang dipupuk dalam Pakatan Rakyat untuk membantu BN kekal berkuasa," tegasnya.-Harakah

Hot ! Guan Eng lari ketakutan di lapangan terbang !

Posted: 30 Dec 2012 04:30 PM PST

 Hasrat beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam (NGO) yang mahu 'menyambut' kepulangan Lim Guan Eng dari luar negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas petang tadi, tidak kesampaian apabila kelibat Ketua Menteri Pulau Pinang itu langsung tidak kelihatan.
Ahli Jawatankuasa Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Azmi Jaafar berkata, kesemua mereka berhimpun secara aman untuk mendesak Setiausaha Agung DAP itu meminta maaf dan mahukan beliau menarik balik agar kerajaan persekutuan agar penggunaan kalimah 'Allah' dalam kitab Bible dibenarkan sepertimana di Sabah dan Sarawak

Azmi berkata Guan Eng dijadualkan  tiba di lapangan terbang itu jam 7 petang namun sehingga jam 7.45 malam beliau masih tidak kelihatan di kawasan menunggu ketibaan dan juga laluan kenamaan (VIP).
Beliau percaya Guan Eng telah mengetahui kehadiran mereka dan bertindak melarikan diri menggunakan laluan keluar lain semata-mata tidak mahu bertembung dengan mereka. 
"Semasa pilihan raya umum sebelum ini, kami  yang mengundi pembangkang sehingga DAP berjaya memerintah negeri ini.

"Kenapa sekarang dia (Guan Eng) tidak mahu berjumpa kami sebagai rakyat Pulau Pinang ? Kami yang membuatkan dia menang dan ini balasanya kepada kami," katanya ketika ditemui media.
Guan Eng pada 24 Disember lalu, melalui perutusan sambutan Hari Krismas menggesa kerajaan persekutuan agar penggunaan kalimah 'Allah' dalam kitab Bible dibenarkan sepertimana di Sabah dan Sarawak.- ANTARA POS-

** Bila nak undi rakyat ketika pilihanraya , Guan Eng  punya la merayu dan bersalam minta sokongan  . Tapi bila  berkuasa .. jadi angkuh & sombong hingga lari daripada rakyat yang menunggunya   

Kalau dia lari ,....kita ajar di kertas UNDI !!

Hotel Majestic, bangunan monumen sejarah negara

Posted: 30 Dec 2012 01:00 PM PST

Hotel Majestic Kuala Lumpur bukan sekadar tempat beristirehat semata-mata tetapi ia sebenarnya bangunan yang sarat dengan momen sejarah.
Bangunan ikonik itu mula membuka pintu untuk kunjungan tetamu pada 15 Ogos 1932 dan kini usianya mencecah 80 tahun.
Terletak di lokasi strategik di Jalan Hishamuddin, Kuala Lumpur, bangunan ini pernah menjadi salah satu hotel terbesar di Tanah Melayu dengan kapasiti 51 buah bilik ketika itu.
Sudut kemerdekaan negara dirintis di hotel ini dengan penubuhan Parti Pembebasan Malaya yang turut disertai oleh MCA diwakili oleh Presidennya, Tun Tan Cheng Lock termasuk wakil daripada kaum India pada tahun 1951.
Malah, pada tahun yang sama, Yang Dipertua UMNO semasa itu, Tunku Abdul Rahman telah meluluskan usul yang dikemukakan oleh wakil Perikatan Pemuda supaya slogan 'Hidup Melayu' digantikan kepada 'Merdeka' pada satu mesyuarat.
Justeru itu Majlis Mesyuarat Agung Setengah Tahun UMNO juga di bangunan ini pada 24 dan 25 Mac 1951 meluluskan usul yang dikemukakan oleh wakil Perikatan Pemuda supaya slogan 'Hidup Melayu' digantikan kepada Merdeka.
Tidak berhenti begitu sahaja, Hotel Majestic menjadi saksi Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan pada 26 September 1950. Beliau ialah Presiden UMNO yang pertama sejak UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946.
Namun, pada 26 Ogos 1951, UMNO melantik Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman sebagai presiden parti yang kedua di Persidangan Agung keenam.
Selain itu, pada 21 Mei 1984, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad merasmikan bangunan Balai Seni Lukis Negara (BSLN) di sini sebelum berpindah ke bangunan sendiri pada 13 November 1998 di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Sesungguhnya, hotel ini bukan sekadar bangunan tapi ia merupakan saksi sejarah Malaysia.
Hotel Majestic direka oleh seorang arkitek Belanda, Van Leangeanderg dengan keluasan 150 kaki panjang dan 70 kaki tinggi.
Semasa kegemilangannya, ia menjadi kediaman untuk golongan kenamaan serta kelompok elit penjajah British.
Selain itu, bangunan ini penuh dengan aktiviti majlis kerajaan dan negeri.
Uniknya, terdapat perkhidmatan yang mana pihak pengurusan hotel mengupah isteri pekerja untuk menjaga anak orang kenamaan dengan bayaran sebanyak RM2 sejam dengan masa kemuncaknya ialah semasa hujung tahun.

HOTEL Majestic pernah menjadi Balai Seni Lukis Negara selama 14 tahun.

Menurut Ted Miles, 80, yang merupakan seorang bekas pendidik, dia masih dapat mengimbas kembali semasa menetap di dalam bilik Hotel Majestic.
Hotel pilihan
"Kejadian itu berlaku pada 1964. Itu kali pertama saya menonton televisyen hitam putih di restoran. Televisyen hanya dipasang dari jam 6 petang sehingga 11 malam.
"Hanya satu siaran berita sahaja dan peristiwa itu menyebabkan saya dapat melihat wajah bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Lyndon Johnson membuat pengumuman tentang Perang Vietnam," katanya.
Miles pernah menyaksikan pengumuman kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka dengan duduk di tempat bernombor 389.
Katanya lagi, dia masih mengingati bunyi lif yang bising kerana pintunya hanya jeriji besi bersambung.
Kini Miles menetap di sebuah kediaman di Bentong, Pahang.
Seorang bekas pakar perubatan, Tan Sri Dr. M Mahadevan memberitahu, stik yang dihidangkan pada awal 1970-an sudah cukup untuk membuatkan beliau kecur liur.
"Sedap dan murah diselangi layanan kakitangan restoran yang cukup menghiburkan," katanya.
Pengalaman tentang makanan turut dikongsi bekas Pengarah Balai Seni Lukis Negara kini Balai Seni Visual Negara (BSVN), Wairah Marzuki yang menganggap Hotel Majestic Kuala Lumpur bukan sekadar sebuah hotel.
"Saya banyak menghabiskan masa bekerja di bangunan ini apabila menjadi Galeri Seni Negara pada 1984 hingga 1998. Perpindahan itu satu kenangan yang nostalgik kerana ruang yang lebih besar untuk mengendalikan pameran serta program pendidikan," cerita Wairah.

DATUK ONN JAAFAR mengumumkan peletakan jawatan sebagai pemimpin UMNO di hotel ini.

Tambahnya, dia masih mengingati harga set makanan ala Barat iaitu RM6 yang lengkap dengan sup, roti bersaiz besar dan chicken chop.
Bagi aktres terkenal, Datuk Maria Menando, menikmati minum teh lebih 50 tahun yang lalu di hotel itu cukup mengujakan.
"Nikmatnya terasa selain bangunan yang cantik sekali," katanya.
Wajah baharu
Namun pada 8 Disember lalu, hotel ini mula dibuka semula selepas ditutup lebih 28 tahun.
Pembangunan semula ini menelan kos sebanyak RM250 juta di atas tanah seluas 1.3 hektar oleh YTL Corporation Bhd.
Menurut Pengarah Eksekutif YTL Hotels, Datuk Mark Yeoh, syarikatnya bertekad untuk membawa era baharu hotel tersebut tetapi masih mengekalkan identiti asalnya.
"Kami yakin dengan gabungan unsur tradisional dan moden ini, Hotel Majestic akan kembali gah dan menjadi ikon di negara ini seperti dahulu," katanya.
Menurut arkitek yang menjenamakan semula hotel ini, Zaidan Tahir, dia tidak menyangka pengalaman mengunjungi BSLN di situ pada 1985 menjadi titik tolak bagi dirinya menjenamakan semula hotel itu.
"Kami ingin mengekalkan gambaran dan perasaan pengunjung tetapi dalam masa yang sama memberikan nafas baharu.
"Saya mengambil masa selama 30 bulan untuk menyiapkannya serta mengkajinya," katanya.
Kini, hotel ini gah dengan 300 buah bilik yang selesa namun masih mengekalkan bangunan asal yang menempatkan bilik suite, The Colonial Cafe, The Bar dan The Tea Lounge.
Tetapi, anda perlu menyediakan RM1,080 hingga RM10,000 ke atas untuk bermalam di suite tersebut.
Bagaimanapun, pengalaman kru Jurnal menetap semalam di Kolonial Suite cukup menenangkan dengan gabungan rekaan bilik klasik dan moden yang cukup menenangkan.
Aura perabot lama seperti mengimbau kenangan silam walaupun penulis belum dilahirkan lagi semasa itu.
Ruang yang besar memberi keselesaan dan terdapat ruang tamu untuk berehat sambil menonton televisyen.
Selain itu, satu menara baharu setinggi 15 tingkat turut memuatkan bilik deluxe, suites, restoran, 16 bilik mesyuarat dan dewan besar yang mampu memuatkan 1,200 orang, gimnasium dan kolam renang.
Uniknya, terdapat jambatan khas yang menghubung bangunan lama dan baru ibarat satu transisi masa yang menakjubkan khas untuk tetamu.
Keistimewaan hotel ini ialah sebuah bilik yang menempatkan ribuan pokok bunga orkid jenis Phalaenopsis.
Ditempatkan di bilik berhawa dingin bunga yang berwarna kuning, jingga dan putih ini pasti membuai perasaan anda seperti berada di taman bunga.
Dilengkapi dengan meja dan kerusi suasana ibarat kolonial Inggeris lengkap dan enak dinikmati bersama minuman teh pada waktu petang.
Menurut Pegawai Perhubungan Awan YTL Hotel, Izan Yusof, hotel itu mempunyai bilik khas untuk tetamu menghisap rokok dan bersantai.
"Ini untuk memberikan keselesaan kepada tetamu yang tidak merokok," katanya.

KEMUDAHAN bilik yang selesa tetapi anda perlu menyediakan wang lebih RM1,000 untuk menyewanya.

Tarikan lain yang terdapat di hotel ini ialah bilik menonton yang boleh memuatkan 15 orang dalam satu masa untuk berehat sambil menonton filem yang dihajati.
"Anda boleh berehat sambil menonton filem yang dihajati bersama keluarga dengan tenang," katanya.
Tutur Izan, terdapat khidmat bas perantara kepada pengunjung terutamanya pelancong asing untuk mengunjungi pusat beli-belah Starhill di Bukit Bintang.
"Selain itu, kedua-dua bas ini ada yang menuju ke Kl Sentral untuk tetamu hotel menggunakan pengangkutan awam untuk bersiar-siar di lokasi menarik sekitar Kuala Lumpur.
"Kekerapan bas ini setiap 30 minit sekali," ujarnya.
Paling utama, The Majestic Spa, selepas kepenatan bersiar-siar sekitar Kuala Lumpur, saat ini untuk anda memanjakan diri dengan di urut di bahagian kepala dan kaki dengan urutan yang menyegarkan.
Kesimpulannya, rasanya sendiri baru tahu meneroka hotel yang lama tetapi tidak usang malah sarat dengan kemewahan dan ketenangan.

Hot ! Apahal pelakon drama ini bengang kat Azwan Ali

Posted: 30 Dec 2012 11:30 AM PST

Bila kena sindir secara live ..sapa tak bengang . Itu yang terjadi kepada pelakon drama Arash Mohamad yang naik angin kepada Azwan Ali  , Propaganza & SENIMAN  melalui twitter nya .

sumber gambar :izyan.com

0 ulasan:

BLOG - BLOG BARISAN NASIONAL