twitter
    Blog-blog Politik Pro Barisan Nasional

Nuffnang

Pengikut

Belantan

sumber :-

Belantan

Isu Rumah Rakyat di Selangor : PKNS dituntut beri penjelasan?

Posted: 30 Dec 2012 06:46 PM PST

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) perlu memberi penjelasan berhubung status sebenar projek pembinaan 60 unit pangsapuri oleh anak syarikat kerajaan negeri itu di Seksyen 18 di sini, yang didakwa mengelirukan.

Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd. Zohdi berkata, kekeliruan itu timbul susulan kerana terdapat dua papan berbeza di projek yang dibangunkan di Lot 103, Jalan Pinang Raja 18/2 itu.

Menurutnya, satu papan tanda menyatakan projek itu adalah pembinaan pangsapuri kos sederhana manakala satu lagi papan tanda menyatakan projek itu adalah pangsapuri kos sederhana tinggi.

"Bagaimana boleh wujud dua papan tanda yang berbeza. Apakah PKNS sengaja menukar status projek itu kepada kos sederhana tinggi sedangkan kami difahamkan, mengikut perancangan awal, projek itu adalah untuk membina 60 unit pangsapuri kos sederhana," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Budiman, beliau khuatir 'penukaran' status itu akan memberi kesan kepada harga kediaman berkenaan yang boleh melambung sehingga RM400,000 sedangkan pangsapuri kos sederhana harganya di antara RM40,000 hingga RM80,000 seunit.

Kenaikan harga itu, katanya, akan membebankan rakyat terutama golongan muda berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki kediaman sendiri.

"Kita mahu tahu sejak bila kategori perumahan kos sederhana tinggi dilaksanakan oleh PKNS. Bagaimana dengan janji kerajaan negeri pimpinan PKR (Parti Keadilan Rakyat) mahu menyediakan perumahan mampu milik kepada rakyat termasuk golongan muda sebelum ini.

"Untuk siapa sebenarnya projek pangsapuri itu dibina. Adakah kerajaan negeri dan PKNS mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan nasib rakyat yang kurang memiliki keupayaan kewangan untuk memiliki kediaman sendiri," ujarnya.

Sementara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor, Abu Bakar Yahya turut mendesak kerajaan negeri dan PKNS menjelaskan mengenai kedudukan sebenar status projek perumahan tersebut.

Katanya, sekiranya benar PKNS menukar status projek itu untuk mendapatkan keuntungan, ia satu langkah yang tidak wajar kerana seolah-olah satu cubaan untuk menekan dan menghalau orang Melayu dari Shah Alam.

"Lihatlah bagaimana keadaan orang Melayu di Pulau Pinang pada hari ini, hartanahnya melambung tinggi sehingga menyebabkan ramai dalam kalangan mereka terpaksa keluar dari pulau itu kerana tidak mampu membelinya," tegasnya.

Suara Politik
Belantan

Karnival Sayangi Selangor 2012 : 'MBS Job Fair' disambut baik!

Posted: 30 Dec 2012 12:00 PM PST

Golongan muda menyifatkan penganjuran program 'MBS Job Fair' sepanjang empat hari Karnival Sayangi Selangor 2012 yang bermula hari ini sebagai usaha yang perlu diteruskan pada masa hadapan.

Rata-rata mereka yang ditemui hari ini menyatakan program tersebut adalah satu langkah yang baik kerana ia memberi peluang kepada lepasan sekolah dan graduan untuk mendapat peluang pekerjaan yang sesuai.

Seorang pelajar, Fauziah Johari, 24, berkata, kehadiran beliau ke program yang dikendalikan Majlis Belia Selangor (MBS) itu setelah mendapat maklumat terdapat 6,000 peluang pekerjaan ditawarkan oleh pelbagai syarikat termasuk syarikat milik kerajaan (GLC).

"Peluang pekerjaan yang ditawarkan begitu banyak dan sewajarnya mereka yang sedang mencari pekerjaan seperti saya mengambil manfaat daripada program ini," katanya yang berminat dalam bidang jualan dan pemasaran.

Pandangan sama dikongsi oleh S. Tamilmohli, 27, yang ketika ini tidak mempunyai pekerjaan tetap dan menjadikan program 'MBS Job Fair' sebagai medan untuk mencari pekerjaan yang sesuai.

Katanya, peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam program tersebut meliputi pelbagai bidang termasuk bidang yang dipelajarinya iaitu bioteknologi.

Sementara itu, graduan Kejuruteraan Elektronik Politeknik Shah Alam, Cairull Barrydynn, 34, mahu mencari peluang lain untuk meningkatkan lagi pengalamannya dalam bidang yang dipelajari.

"Saya lihat banyak pekerjaan yang ditawarkan. Bagi mereka yang ingin mencari pengalaman kerja baru, inilah tempat yang harus dikunjungi," ujarnya.

Suara Politik
Belantan

MB Selangor angkuh, pentingkan diri sendiri - GPRS!

Posted: 30 Dec 2012 06:12 AM PST

Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) menyifatkan kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sanggup menunggu sehingga 100 tahun untuk menyelesaikan isu air walaupun Selangor diancam krisis bekalan air menjelang 2015 sebagai angkuh dan pentingkan diri sendiri.

Pengerusinya, Dato' Sohaimi Shahadan berkata, pendirian itu senada dengan kenyataan Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk George bahawa Abdul Khalid lebih mengutamakan politik daripada kepentingan rakyat seperti yang disiarkan dalam akhbar semalam.

Isu air bukan perkara yang boleh diambil mudah tetapi Abdul Khalid menganggapnya sebagai satu mainan pakatan pembangkang yang memerintah Selangor untuk mengekalkan kuasa mereka pada pilihan raya umum akan datang.

"GPRS kesal kerana mempunyai pemimpin yang 'singkat akal' kerana sering mengeluartkan kenyataan-kenyataan sempit dan mengelirukan semata-mata mahu menghalalkan keputusan bodoh yang dibuat oleh beliau dan exco kerajaan negeri.

Sebelum ini GPRS mengetuai perjuangan rakyat menuntut air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan kepada rakyat seperti yang dijanjikan pada pilihan raya umum yang lalu, tetapi Abdul Khalid dengan angkuh mengatakan bahawa manifesto pilihan raya itu bukan janji yang perlu dilunaskan," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Daripada kenyataan itu rakyat perlu sedar bahawa kerajaan negeri sekarang langsung tidak boleh dipercayai dan tidak perlu dipilih lagi pada pilihan raya umum akan datang kerana semua janji yang dilaungkan hanya janji palsu semata-mata.

"Setakat hari ini, 6,000 saman telah difailkan dan masih ada banyak lagi dalam senarai menunggu, semua daripada rakyat Selangor yang tidak puas hati kerana tidak menerima air percuma seperti dijanjikan. Saya percaya jumlah saman itu boleh mencecah sehingga 50,000 kerana ramai rakyat Selangor yang tidak menikmati air percuma itu sejak pakatan rakyat menguasai negeri ini.

GPRS juga mendedahkan mengenai kekurangan bekalan air terawat terutama di beberapa kawasan di Selangor akibat pertambahan penduduk tetapi Abdul Khalid dan exco tetap berdolak-dalik mengatakan bekalan air mentah masih mencukupi.

Itu membuktikan bahawa Abdul Khalid dan barisan exco yang dilantik hanya 'tahu bercakap tetapi tidak tahu membuat kerja' kerana rakyat memerlukan bekalan air air terawatt, bukannya air mentah. Abdul Khalid boleh menggunakan air mentah dari sungai Klang sekiranya beliau mahu tetapi rakyat Selangor mahukan air terawat daripada loji-loji rawatan sedia ada," tambahnya.

Dalam isu air ini, bukan rakyat yang tidak faham tetapi Abdul Khalid dan barisan exconya.Ini kerana GPRS mendedahkan bahawa beberapa empangan di negeri ini mengalami penyusutan air sebanyak 40 peratus dan memberi implikasi kepada pengguna di Lembah Klang.

Tetapi malangnya Abdul Khalid langsung tidak mencari penyelesaian jangka panjang sebaliknya memberi kenyataan retorik mengatakan bahawa kerajaan negeri akan menggunakan teknologi membrane untuk membenihkan awan, kerana cadangan itu hanya sesuai untuk mengatasi masalah jerebu.

Bagi mengatasi krisis air 2015, kerajaan Pusat bercadang untuk membina Loji Langat 2 dengan membawa bekalan air mentah dari Pahang namun projek ini mendapat tentangan daripada kerajaan negeri pimpinan Selangor yang melaungkan konsep Negeri Berkebajikan itu.

Mereka langsung tidak memikirkan implikasi lebih besar terhadap pengguna sebaliknya lebih ghairah untuk menguasai kepentingan dalam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang sebelum ini terbukti menjalankan tugas dengan baik dalam menyediakan perkhidmatan air kepada rakyat.

Lebih memalukan apabila bekas ahli korporat itu mahu membawa air dari Tasik Kenyir sedangkan kosnya jauh lebih tinggi berbanding membawa air dari Pahang, mereka juga enggan untuk berbincang dengan kerajaan Pusat untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Sudah tentu kerajaan negeri tidak berminat untuk menyelesaikan masalah ini kerana tempoh pemerintahan tinggal bebarapa bulan sahaja lagi dan GPRS menasihati rakyat agar tidak memberi mandat kepada kerajaan yang bodoh sombong ini.

Buatlah keputusan yang tepat pada pilihan raya umum akan datang ini kerana kesilapan memberi mandat kepada parti yang tidak tahu mentadbir membawa padah yang buruk. Ini bukan masa untuk bereksperimen lagi kerajna kerajaan negeri sedia ada sudah terbukti gagal.

Oleh : GPRS

Suara Politik
Belantan

Rakyat Palestin pun tahu Anwar 'Talam Banyak Muka'?

Posted: 30 Dec 2012 12:26 AM PST

Pergerakan Hamas sebelum ini pernah menegaskan bahawa sokongan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terhadap segala usaha bagi memastikan keselamatan negara Israel sebagai satu mesej negatif dan meragukan rakyat Palestin secara keseluruhan.

Ketua Perhubungan Antarabangsa Hamas, Usamah Hamdan berkata, bagi rakyat Palestin, sokongan itu menunjukkan terdapat individu tertentu yang bekerjasama dengan Israel, demi kepentingan Israel menduduki sebahagian besar bumi Palestin secara haram.

Katanya, ia secara langsung memberi tanggapan bahawa individu tersebut menentang hak rakyat Palestin yang bangkit untuk mempertahankan tanah air mereka daripada terus diceroboh oleh Israel.

Menurut beliau, sokongan itu juga memberi mesej yang salah kepada Israel kerana rejim Zionis itu kini beranggapan mereka bebas menduduki bumi Palestin secara haram sambil terus memperluaskan jajahan mereka tanpa ditentang atau dihukum masyarakat antarabangsa.

"Hamas berharap akan mendengar kenyataan bahawa deklarasi itu (menyokong keselamatan negara Israel) adalah tidak benar atau seumpama itu kerana saya percaya sesiapa yang mencintai kebebasan dan kemerdekaan negara mereka, akan mengutamakan keselamatan serta hak rakyat Palestin berbanding Israel," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena lawatannya ke negara ini di sini tidak berapa lama dahulu.

Usamah diminta mengulas kenyataan Anwar seperti dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ) edisi Asia pada Januari lalu yang berbunyi: "Saya menyokong segala usaha bagi melindungi keselamatan negara Israel", namun beliau tidak mengesahkan akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi (Israel), satu langkah yang menurutnya tertakluk sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin.

Sebelum ini, Anwar mendakwa pendirian beliau itu selari dengan pendirian Hamas namun dinafikan pergerakan tersebut. Malah, Anwar tidak mahu menyaman WSJ berhubung penyiaran artikel itu serta enggan memohon maaf kepada umat Islam yang rata-rata terguris hati dengan kenyataan tersebut.

Dalam perkembangan lain, kata Usamah, Hamas dan seluruh rakyat Palestin menghormati pendirian Malaysia serta beberapa negara lain yang tidak menjalinkan sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.

Katanya, dengan tidak mengadakan sebarang hubungan politik dengan Israel, ia bermakna tiada sesiapa yang melupakan perjuangan rakyat Palestin yang berterusan cuba membebaskan tanah air mereka dan lebih penting, isu Baitulmaqdis bukan hanya isu Palestin tetapi isu umat Islam.

0 ulasan:

BLOG - BLOG BARISAN NASIONAL